Tiada Rindu Setanding Dengan Rindu Kepada Pencipta

Bismillah. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang. Assalamualaikum. wrt.

Subhanallah cantiknya ciptaan Allah. Gambar ini diambil di Scotland, UK.

Tiada rindu yang setanding dengan rindu kepada Allah SWT. Apabila kau dilanda musibah dan kau akan sedar bahawa kau telah jauh dengan Allah SWT, ketika itulah kau akan menangis penuh pengharapan kepada Allah. Perkara sebegini sudah tentu terjadi kepada semua orang Islam. Dek kerana urusan dunia yang lagha dan sibuk membuatkan kita terus terlupa yang ada perkara yang lebih penting. Iaitu menyembahNya dan berdoa kepadaNya.

Sesungguhnya Allah sangat rindu kepada hamba-hambaNya. Oleh sebab itu Dia menyuntik sedikit kesusahan hidup kepada kita agar kita merintih dan berdoa kepada-Nya. 
Dalam hadith qudsi Allah SWT berfirman: “Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR. Thabrani dari Abu Umamah r.a)

Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.” ~H.R. Bukhari dan Muslim~

Hadis Qudsi
Aku. Aku. Aku. Aku pun tidak terkecuali daripada merasa kesusahan. Ya Allah, pada mulanya, sememangnya aku berasa sangat pedih dan hilang tempat bergantung. Tetapi, aku tersedar yang semua ini adalah ujian daripada Allah SWT yang mana merindukan aku untuk berdoa kepadanya. Pendeknya akal ku memikirkan semua ini beban. Astagfirullah ala'zim. Ya Allah aku memohon keampunan-Mu. Aku bersyukur Ya Allah, Engkau menimpa aku dengan kegundahan dan kesedihan ini. Aku tahu bahawa Engkau ingin memberi aku peluang untuk sedar dan segera bertaubat kepada mu Ya Allah. 

Entry ini, aku meluahkan rasa hati aku. Aku sekarang berasa sedih dan hilang arah. Sedangkan sahabat-sahabatku tidak dapat membantuku. Aku hanya mampu berdoa kepada Allah. Kenapa aku bersedih? Biarlah menjadi pertannyaan sehingga perkara ini akan reda. Doakan aku tabah wahai sahabat-sahabat yang membaca. 

#kitasemuadiuji #sayangAllah #rinduRasulullah
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comment:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete