Perjumpaan Pelajar Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan 2016


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Post kali ini berkaitan kursus Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan. Saya kira posting ini macam posting throwback sebab peristiwa ni berlaku pada bulan lepas. Alhamdulillah saya telah berjaya bergraduasi dengan diploma yang sangat special ni. Saya telah graduated pada tahun 2014 dan telah membuka syarikat enterprise secara kecil-kecilan bersama sahabat-sahabat saya yang lain. Rezeki Allah anugerahkan di mana-mana dan juga tidak kira apa jenis sekali pun. Yang penting kita selalulah bersyukur okay. Syarikat enterprise saya dikenali sebagai Skyplay Studios. Tapi hari ni saya bukan nak berkongsi pasal syarikat ini. InsyaAllah saya akan update pada post yang akan datang ya.


Okay, nak dijadikan cerita saya dijemput oleh Dr Azniah untuk menyampaikan sedikit ucapan untuk juniors yang baru. Saya pun agak terperanjat sebabnya saya datang adalah untuk urusan lain iaitu urusan Skyplay Studios. Mungkin alang-alang saya berada di UPSI pada masa tu, beliau menjemput saya. Saya ucapkan terima kasih pada pihak fakulti seluruhnya sebab percaya dan menjemput saya dan diberi peluang untuk memberikan sedikit ucapan. Alhamdulillah. :D

Pada 28 Jun 2016, saya dijemput untuk memberikan ucapan kepada pelajar-pelajar baru Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan ni. Saya dengan besar hati menerima jemputan tersebut. Saya taklah bercakap dengan banyak, cumanya dengan harapan apa yg saya sampaikan itu adalah berkat daripada Allah. Semestinya saya gembira melihat pada hari tersebut, pelajar-pelajar bersemangat untuk mendalami ilmu dan skill-skill pembangunan games ni.


Apa  yang penting untuk meningkatkan kecemerlangan diri tu adalah jadilah seorang yang produktif. Gunakan sebaik mungkin peluang yang ada dan tunjuk ajar daripada semua orang. Kemudian, rajinkan untuk explore sendiri perkara-perkara yang berkaitan. Dengan itu, kita boleh menolak diri kita naik ke atas. Jika tak mampu sedikit pun dah boleh. :D Yang penting ada usaha. Okay good luck semua! 


p/s: kepada yang bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan ini bolehlah rujuk posting ini. Jika perlukan informasi lanjut boleh layari website Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif. 

Adiosss! 


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment