Mendapat Tawaran Ijazah Pertama Luar Negara

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam. Assalamualaikum wrt dan Salam Sejahtera semua. Dah lama tak post sebarang update kat blog ni. Secara jujurnya memang rasa malas, sebab tu lah tak update2 dah blog ni. Lagipun dengan internet Malaysia ni yang limited dan agak perlahan connection nya. HAHAHA...
Okay kali ni Syukran nak kongsi sikit lah pengalaman Syukran baru-baru ni. Syukran ditawarkan untuk belajar ke Luar Negara! Alhamdulillah Syukurnya amat. HAAHAH. Syukran ditawarkan untuk menyambung pelajaran dalam ijazah pertama di United Kingdom yang mana lebih dikenali sebagai UK atau nak lebih terperinci lagi? England! Nak tahu Syukran ditawarkan kursus apa? Haaaa.. Ini kursus yang rare. Orang akan ckp mcm ni kalau dgr kursus tu; "Ha? Apa dia? Eh! Ada ye kurus macam tu". Haaa. Macam tu lah persepsi orang zaman sekarang ni. Susah nak menerima perkara yang baru dalam kehidupan mereka. Perkara baru yang tidak bercanggah dengan ajaran Agama tidak mengapakan, janganlah yang tidak diberkati pula. Berdosa tahu! 
So, kursus yang Syukran applied ni ialah Games Development atau yang lebih tepat lagi BSc Games Development. Kursus ini kursus yang rare bagi masyarakat di Malaysia ni. Ramai lagi yang belum terdedah dengan kursus Multimedia yang satu ini. Oh! Lupa nak bagitau apa universiti yang Syukran dapat kat sana. Syukran ditawarkan di University of Chester, UK di mana kawasan persekitarannya yang lebih kepada bentuk sejarah English. Syukran ada google tempat dan kawasan di Chester tu. Tempatnya agak menarik dan kos hidup di sana juga agak berpatutan yakni rendahla berbanding London.
Alright, nak cerita sikit pasal kursus ni. Sebab apa Syukran pilih kursus ni? Haaa. Sebenarnya kurus ni dulu Syukran dah ambil masa diploma di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kursus yang diajar sangat menarik dan nama kursus tersebut ialah Games Design and Development. Salah satu sebab yang lain ialah sebab Syukran memang minat kursus yang melibatkan Games ni. Tapi jangan ingat kursus ini bermain permainan video games sahaja tetapi lebih kepada development dan juga pembentukan sesebuah games tersebut. Pada dasarnya kursus ni seronok tau. Sangat berbeza dengan kursus2 yang lain. 
Macam mana Syukran dapat tawaran? Okay! Mungkin ada yang tertanya-tanya macam mana Syukran Neji boleh dapat tawaran macam ni.? Cerita dia macam ni; Alhamdulillah Syukran adalah berketurunan Orang Asli Semenanjung Malaysia. Syukran juga termasuk dalam suku kaum Jahut. Jahut merupakan suku kaum yang berada di Pahang terutamanya di sebelah Temerloh. Seperti mana maklum, Orang Asli ni terdapat jabatan kebajikan kerajaan yang menjaga kebajikan Orang Asli di Semenajung Malaysia ni. Jabatan tersebut ialah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Jadi JAKOA telah membuka peluang kepada pelajar2 cemerlang Orang Asli untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Mereka telah meminta untuk diberikan nama masing-masing untuk peringkat saringan. Syukran pun nak cuba kerana berminat untuk menimba lebih ilmu dan pengalaman baru di tempat orang jadi Syukran pun memberikan nama kepada pihak Jakoa. Jadi mereka telah panggil Syukran untuk mengikuti kem dan juga kelas IELTS. Iaitu kelas English la.
Dalam pada masa yang sama, di situ juga Syukran berjumpa dengan rakan-rakan Orang Asli yang lain yang mana semua nya bijak2. Tak sangka Orang Asli ramai yang pandai-pandai. Okay nak diringkas kan cerita kami dikehendaki untuk menduduki peperiksaan IELTS tadi dengan sekurang-kurangnya mendapat band 6.5. Alhamdulillah. Keputusan Syukran tak perlu la dikongsi haha. Masih banyak yang perlu diperbaiki.
Seterusnya, MARA. Oleh kerana JAKOA telah bekerja sama dengan MARA, calon-calon pelajar ini hendaklah mengisi borang. Banyak betul borang-borang yang perlu diisi dengan lengkap. Ada dua wave borang MARA ni. Pertama mengisi borang permohonan, kemudian setelah diluluskan perlu pula siapkan borang perjanjian seterusnya.

Selepas itu, Interstudy juga telah dilantik oleh JAKOA untuk menjadi ejen menguruskan segala hal perihal kami ni dari permohonan visa sehinggalah penempatan. Kalau nak dikirakan, memang lengkaplah semua sekali yang diuruskannya. Namanya Miss Fiona. Beliau sangat berbudi pekerti dan baik. Haritu berkesempatan Syukran berjumpa dengan wakil University of Chester di pejabat Interstudy dengan Miss Katy. Hahaha. Tidak lupa terima kasih kepada Cik Sarah dari JAKOA juga telah berhempas pulas untuk menguruskan kemasukan kami kali ini.
Okay rasa setakat itu dulu untuk entry kali ini ye. Apa-apa pun Syukran sangat bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada badan-badan yang terlibat dalam memberikan Syukran peluang yang sebegini rupa. Alhadulillah Syukur nikmat. Doakan Syukran terus istiqamah dalam menuntut ilmu ya.

Terima Kasih kerana sudi membaca. :)
Syukran Neji!
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comment:

  1. Wah..ada gambar kita lah. Good Luck ya..jgn lupa jati diri semasa di sana nnt, hehe

    ReplyDelete