Major Throwback! Rindu Korang Semua


Weh! Aku ada satu throwback ni nak buat. Ini filem pendek aku dengan kawan-kawan aku buat. Ini kitorang buat pada tahun 2013. Semua yang terjadi dalam filem pendek ni spontan je tau. Sebab kawan-kawan aku ni memang talented sebenarnya.

Lokasi yang kitorang pergi ni ialah Tasik Proton City, Tanjung Malim, Perak. Maklumlah kami ni dulu mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Mula-mula kitorang nak buat cerita seorang jejaka yang curang ke atas pasangan kekasihnya, tapi tiba-tiba banyak pulak idea datang. Ihsan idea kawan-kawan aku jugak.

Plot dia korang kene la tengok sendiri. Pergi YouTube channel aku dan subscribe tau haha. Tapi kalau korang seorang yang agak malas, aku siap-siap tampal kat sini aje.

Untuk kesempatan ni, aku nak ucap sikit setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih pada kawan-kawan aku yang menjayakan filem pendek ni. Dulu dengan harapan boleh lah kitorang punya short filem merapu ni diterima dan trending. Tapi sekarang ni aku rasa kenangan bersama diorang macam ni dah cukup berharga.

Korang layan short filem kat bawah ni ok? 


Yang Benar,
Syukran Neji.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment