Berbaloi ke Ambil kursus Rekabentuk dan Pembangunan Permainan ni?


"Usaha dan kesungguhan merupakan kunci untuk berjaya."

Salam semua.

Maaflah sebab dah lama tak update post kat sini. Maklumlah sekarang ni sibuk dengan kerja dan perkara-perkara lain lagi. Apa-apa pun saya rasa masih tak terlambat nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat berpuasa!


Baik, erm sejak kebelakangan ni ramai yang mesej dan email saya tentang Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pelbagai soalan diajukan terutamanya berbaloi ke kalau ambil kursus ni? Jawapannya sangat subjektif dan bukannya seperti boolean ada true and false. hehe..

Ok, saya berikan pandangan dari perspektif saya. Saya merupakan alumni UPSI dalam bidang diploma game design and development ni. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk membantu korang dalam membuat pilihan dengan pengalaman saya.


Pertama sekali, tahap berbaloi tu sebenarnya terletak pada diri sendiri. Cuba tanya diri sendiri kenapa nak ambil kursus ini? Nak sambung belajar? Nak dapatkan kerja yang menjamin masa depan? Lihat, peryataan seperti ini tak ada betul atau salah. Korang semua mestilah tetapkan matlamat dalam mendapatkan keputusan. Sebenarnya, ramai yang ambil remeh tentang dalam menetapkan matlamat. Matlamat inilah yang membantu kita fokus dan terus mendapatkan apa yang betul-betul kita ingin kan. Jadi tetapkan matlamat anda. Ok?


Kedua, tanya pada diri apa minat korang? Apa yang korang suka lakukan? Apa yang korang mahu? Cuba tanya diri dengan soalan apa, kenapa, bagaimana. Ini perkara-perkara asas yang korang belajar kat sekolah dulukan? Macam nak struktur karangan. Cikgu ajar tu bukan saja-saja tau. Boleh pakai untuk perkara-perkara macam ni. Tanya diri minat atau tidak?

Seterusnya, ada juga yang berkata ibu bapa mereka tidak memberi galakkan atau dorongan untuk menceburi bidang ini kerana digambarkan kursus ini satu kursus yang sia-sia dan tiada masa depan. Baik, terima kasih kepada ibu bapa yang berfikiran seperti ini. Dengan hormat saya menyangkal pernyataan tersebut kerana saya berpendapat bahawa kursus ini adalah kursus yang memberi manfaat. Games masakini bukan hanya hiburan semata-mata. Malah, sekarang telah ada pembelajaran dalam bentuk video games, video games islamik dan sebagainya. Ya, saya setuju dengan pernyataan masih kurang. Sebab ini kita perlukan lebih ramai lepasan pelajar dalam kursus ini. 

Kesimpulannya, usaha dan kesungguhan merupakan kunci untuk berjaya. Sentiasa istiqamah dan terus belajar. Tidak kira apa bidang yang korang nak ceburi, korang mestilah fokus barulah berjaya. Ingat, kehidupan kita ini kita sendiri yang mencoraknya. Orang yang berkata-kata diluar hanyalah memberi dorongan dan nasihat. Mereka tidak boleh mengubah atau mengawal tindak tanduk korang. Kalau anda yakin anda boleh untuk masuk kos ini teruskan. Buktikan kepada mereka yang korang akan berjaya dengan kursus ini. Saya doakan korang semoga maju jaya.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment